Apr 15, 2014

Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah..masih ada ruang untuk bernafas lagi... Subhanallah...
Walaupun umur dah cecah 21 tahun..tapi orangnye tetap jugak tak besar2..hahah... masih kecik molek lagi...hahahah...Alhamdulillah... Eh!! APew yang duk merapu nie kan.... ahah... Tak pe... Kali nie Hamba bukan nak berceloteh... Tapi.. Hamba nak kongsi satu perkara dengan anda semua... nak tau apew?? hahahah...

Meh Pakat terjah sini meh...
Hamba Mahu kongsi dengan anda semua...
Tips Memikat Suami...
Hahha..

Yeee.. Hamba Tau Hamba Belum berumah tangga..
tetapi tak salah kan kita semua share  ilmu,,, ^_^
Tak semestinya kita yang tak berkahwin lagi nie tak boleh nak share semua nie kan??
Bende ini terlalu Umum... Sebab Satu hari nanti kita kaun perempuan nie..
yang tak kawin lagi nie,,, akan terjah alam perkahwinan jugak kan??
Tak Gitu??
So... Chomot tak mao kata banyak dah...
mai sini pakat duk baca " Tips Memikat Suami "



Kehidupan suami isteri memerlukan persediaan mental dan fizikal,justeru persediaan amat perlu dalam melayari kehidupan yang berpanjangan,ibarat berperang,kita perlu bersedia supaya tidak dikalahkan musuh..Baik suami mahupun isteri,mereka mempunyai peranan masing-masing.

Sebagai isteri misalnya,apa yang patut dilakukan bagi memastikan suami sentiasa melekat dirumah..?Ada suami yang seronok di rumah dan tidak sabar untuk pulang dari tempat kerja semata-mata mahu bersama isteri dan anak2 tetapi ada juga lelaki yang sentiasa mengelak untuk pulang awal dan lebih gemar memerap atau menghabiskan waktu terbuang di tempat kerja.
 Berdoa agar disayangi suami.
Apakah puncanya kedua-dua situasi ini, ia tentu berkait rapat dengan layanan atau kemesraan kedua-dua pasangan. Jika masing-masing membuat hal sendiri dan teguh dengan ego, rumah bukan lagi syurga tetapi neraka dalam kehidupan suami isteri.Di sini, ada beberapa panduan yang boleh diikuti golongan isteri untuk menambat hati suami..  

Antaranya :

- Sambut, tegur dan sentuh suami sebelum sambung buat perkara lain apabila dia balik ke rumah.

- Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari
   (jika suami dalam mood yang baik)

- Berlatih mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

- Jangan tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting ialah simpati.

- Beri suami masa berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit.

- Tanya ibu mentua, abang atau kakak ipar anda mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah itu.sebagai cenderahati ketika memujuk

- Masak makanan kegemaran suami.

- Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut, wajah dan pakaian.

- Pujuk suami bila dia marah atau kecil hati.

- Minta bantuan sesuai pada masa, tempat dan jenis kerjanya.

- Elakkan daripada suami menunggu terlalu lama apabila bersiap atau bersolek.

- Bila suami memberitahu dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu.

- Bila suami meminta bantuan, buatlah serta-merta secara ikhlas dan gembira   tanpa banyak mengungkit atau komen.


Chomot Harap Ia Dapat Membantu Wahai Isteri2 Solehah...
Salam Sayang Dari Chomot... 
^_^